BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 18, 2012

MARILAH KITA MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL ! HAK MEMBOIKOT HAK KAMI !

assalamualaikum , 
saya bukanlah seorang ulama ataupun ustaz,
saya hanyalah seorang insan yang sangat mengasihani saudara-saudara saya di Gaza. tapi apakan daya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. mereka disana menangis kesakitan akibat di bom dan dibunuh, kehilangan ahli keluarga. saya hanya ada ALLAH dan DOA . melalui doa dan Allah saya dapat membantu keluarga saya di Gaza, moga Allah panjatkan doa saya In Shaa Allah. amin. 





di sini sana ingin mengajak saudara-saudara sekalian untuk memboikot  produk-produk Israel lakhnatullah.
seperti:-




MAKANAN
McDonald


sedapkan ? ye saya tahu sedap.lagi lagi apabila esok pada 19 november 2012 ada promosi burger mcd free .  tapi tahukah anda bahawa makanan yang anda makan ini mengandungi lemak yang boleh membuatkan kita lalai. kita akan lalai untuk solat dan berdoa . itu adalah satu strategi israel untuk menghapuskan umat islam.

COCA-COLA





STARBUCKS 



  KASUT BERJENAMA







saudara-saudaraku, ta mati kiranya kita tidak makan makanan buatan israel ni. mcd free ? PEDULIKAN ! sedap ? PEDULIKAN ! tahu kah anda makanan yang anda semua beli itu memang sedap, tapi tidakkah anda semua merasakan bahawa makanan itu semua mahal ? produk israel ini semua MAHAL ? tahukah anda bahawa setiap belian anda itu menyumbang kepada bahan-bahan ketenteraan zionis untuk menghapuskan umat Islam ! tidakkah anda sedar ? sedarlah wahai saudara-saudaraku.. saudara kita di Gaza sanggup berlaparan, berjihad demi Islam ! kita ? hanya 24 jam di menghadap facebook. hanya 10 minit diperlukan untuk berdoa untuk mereka yang memerlukan. sering saya dengar keluhan daripada rakyat Malaysia yang mengatakan sekiranya kita memboikot makanan produk Israel, mereka hendak makan apa ? fikir lah . Allah ciptaan buah-buahan untuk kita untuk menggantikan makanan-makanan yang membolehkan kita lalai seperti itu. maka tiada alasan untuk kita berdolak-dalih lagi. buah-buahan yang kita makan mengandungi khasiat. menyihatkan anggota badan dan mencerdaskan minda. 



 SAUDARA-SAUDARAKU , TIDAKKAH KAMU SEMUA KESIANKAN SAUDARA-SAUDARA KITA DI GAZA?? 


saudara-saudaraku, marilah kita berdoa kepada Allah supaya menghentikan segala rusuhan yang berlaku di Gaza.moga-moga Allah dengar doa kita dan tunaikan doa kita. AMIN.





 

Saturday, November 17, 2012

please save them ! :(

assalamualaikum ,

kebelakangan ni kita digemparkan dengan berita serangan oleh Israel terhadap Gaza. Beratus-ratus orang yang tidak bersalah mati di dalam serangan tersebut. mengapakah perkara sebegini terjadi? adakah mereka ( Israel) gembira apabila membunuh orang yang tidak bersalah? sangat kejam, kamu semua ibarat syaitan di dunia! Tiada belas kasihan pun terhadap mereka yang tidak bersalah! Ya Allah, mengapakah Engkau memberikan ujian yang begitu besar dan berat kepada umat Muslim di Gaza? Ya Allah, aku bukanlah hambaMu yang beriman, aku hina lagi sering melupakanMu, tetapi melihat saudara-saudaraku di Gaza kehilangan nyawa, menangis kerana kematian ahli keluarga, Ya Allah Ya Rabbi, Engkau hentikanlah segala peperangan di antara Israel dan Gaza. Engkau selamatkanlah saudara-saudaraku di Gaza.Ya Allah Ya Rabbi, aku memohon kepadamu.