assalamualaikum dan salam khazanah alam ,
saya baru sahaja menonton video adam adli di komputer riba kawan saya yang diambil pada temannya.
sudah banyak kali saya menonton video tersebut ,
tentang adam adli membuat demonstrasi di hadapan UPSI .
pada pendapat saya,
apa yang adam adli buat itu agak salah ,
tetapi niatnya betul .
untuk menegakkan hak mereka sebagai mahasiswa di UPSI
saya teringat kata-kata adam adli semasa berdemontrasi tersebut
katanya,
"kami bukan penjenayah ,penjenayah masih berlegar-legar diluar sana, kami hanya menegakkan hak akademi kami sebagai mahasiswa !" kata adam adli dihadapan polis berperisai
itulah yang saya ingat .
apa yang adam adli cuba pertahankan adalah betul ,
tetapi caranya yang sangat salah.
bagi saya . tidak tahu bagaimana dengan pendapat anda semua .
persoalannya ,
dimanakah etika adam adli sebagai melayu ?
dimanakakah letakknya akal adam adli sebagai seorang yang berpelajaran ??
saya terfikir .
mungkin adam adli tidak tahan dengan apa yang telah berlaku terhadap dirinya ,
atau mungkin dia hendak membalas dendam
hanya andaian bukan tuduhan
di akhir-akhir video tersebut saya melihat salah seorang daripada kumpulan demonstrasi adam adli tercedera dan kawan-kawan yang lain membantunya dengan memukul polis-polis yang sedang menahan keganasan mereka.
baiklah pembaca-pembaca sekalian , marilah kita berfikir secara rasional sejenak .
bagaimanakah rakan adam adli boleh tercedera ?
mestilah dipukul oleh anggota polis .
kenapa polis memukul dia ?
mestilah si polan tersebut yang telah memulakan keganasan .
masuk akal bukan ?
anggota polis tidak akan memulakan apa-apa tindakan selagi tidak diberi arahan.
melainkan mereka disentuh secara ganas .
sekarang mari kita lihat daripada sudut etika ,
dimanakah letaknya etika mereka sebagai rakyat malaysia yang berbudi bahasa ?
negara Malaysia dikenali dengan budi bahasanya .
jika difikir daripada sudut lain pula ,
mari kita tanya diri kita ,
jikalau kaum india atau cina yang membuat kecoh ditempat kita apa yang kita buat ?
mestilah memukul mereka, betul ?
ok didalam video tersebut ,
siapakah yang memukul ?
MELAYU
siapakah dipukul ?
MELAYU juga
dimanakah sifat assabiah kamu diantara kaum seislam kamu ?
memukul kaum sendiri .
wahai mahasiswa !
sedarlah kamu bahawa yang kamu tentang itu kaum kamu sendiri !
yang kamu caci itu adalah kaum kamu sendiri !
sedarkah kamu ?
ayuhlah mahasiswa ,
berfikiran secara matang dan berpendidikan !
jangan lah menjadi lembu yang di ikat hidungnya !
segala perselisihan faham boleh diselesaikan secara berbincang ,
bukan keganasan !
disebabkan keganasanlah kita berpecah !
Thursday, December 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment